Bagi membantu golongan asnaf untuk jangkamasa panjang, mereka perlu diberi pendidkan dan peluang untuk berdikari bagi menaikkan taraf ekonomi bagi menyara keluarga.
Salah satu usaha PMP membantu mereka ialah menyediakan kemudahan memulakan perniagaan tanpa modal ! Pihak Pengurusan PMP telah menjemput dealer produk Mamasab Bakery untuk memberi penerangan kepada mereka yang berminat. Lapan peserta telah menyertai taklimat yang disampaikan oleh En, Jamal.
Kita semua boleh membantu menjayakan program ini dgn membuat pesanan membeli kek dan cookies yg enak pada harga yang sangat berpatutan samada utk diri sendiri, saudara mara dan rakan taulan di seluruh Semenanjung Malaysia! Hubungi asnaf yang tertera diatas utk senarai produk & buat pesanan sekarang!! 🥧🎂🍪 Jom menjamu selera sambil bantu asnaf ! 🥰
Cara-cara membuat pembelian kek dan produk Mamasab dengan Usahawan Asnaf PMP.
Usahawan Asnaf PMP yang telah berdaftar sebagai Agen Mamasab adalah
A. Maizatul Azarina – 011 6201 3722
B. Mohamad Asrize – 011 3984 6806
C. Norhazilawati – 011 1144 2377
D. Norshamsilah – 016 854 4604
E. Nursyahida – 019 366 3084
F. Shamsiah – 012 347 7861
G. Siti Nurjihan – 017 206 6131
H. Umi Kalsom – 017 690 0274
Ahli-ahli PMP yang hendak membeli kek dan produk Mamasab bolehlah menghantar mesej whatsapp ke mana-mana Agen Mamasab seperti nama dan nombor telefon yang tertera di atas.
Cara-caranya:
1. Ahli-ahli PMP perlu merujuk kepada Katalog produk Mamasab untuk memastikan produk mana yang hendak dibeli.
2. Ahli PMP kemudian menghantar mesej whatsapp kepada agen Mamasab (melalui whatsapp yang sudah dibangunkan untuk Usahawan Asnaf PMP) dengan maklumat berikut:
a. Nama ahli PMP @ pembeli
b. No. tel pembeli
c. Alamat penuh pembeli, termasuk poskod
d. Produk yang hendak dibeli (seperti yang ada di dalam katalog) dan quantity nya.
e. Tarikh penghantaran produk dan waktu
(Nota: produk Mamasab boleh dibeli untuk penghantaran pada hari pembelian, atau esok ataupun lusa. Sebagai contoh, kalau beli pada tarikh 23 Feb 2022, boleh minta dihantar pada hari pembelian 23 Feb 2022, atau esoknya 24 Feb 2022 atau pada lusanya, 25 Feb 2022. Waktu penghantaran selalunya pagi atau petang).
3. Kadang-kadang, pembeli ingin produk yang dibelinya itu untuk dihantar kepada orang lain. Dari itu, pembeli perlu memberikan maklumat berikut:
a. Nama penerima
b. No tel penerima
c. Alamat penuh penerima, termasuk poskod
4. Setelah agen Mamasab menerima maklumat di atas, mereka akan check di dalam sistem Mamasab untuk memastikan produk yang dipesan ada di dalam stok.
5. Jika ada stok, agen Mamasab akan memaklumkan kepada pembeli jumlah harga belian termasuk harga penghantaran (delivery charge). Jika pembeli setuju, pembeli perlu membayar kepada agen Mamasab dengan bayaran secara online banking. Agen Mamasab akan memaklumkan kepada pembeli nombor akaun online banking mereka untuk pembeli membuat bayaran.
6. Jika tiada stok, mungkin pembeli ingin membeli produk lain dan memaklumkan kepada agen Mamasab berkenaan.
7. Setelah menerima pembayaran daripada pembeli, agen Mamasab akan memasukkan order tempahan pembeli ke dalam sistem.
8. Pada hari penghantaran produk, delivery runner akan mengambil produk pembeli daripada outlet Mamasab dan dihantar kepada pembeli pada alamat yang diberikan pada mula2 tadi.
9. Setelah produk yang dibeli telah dihantar kepada pembeli atau penerima, proses pembelian dan penghantaran produk dicatatkan di dalam sistem sebagai “Completed”
Product Catalog is here.
.Mamasab Product Catalog 2021-12-01 v2
Leave a Reply