For a better tomorrow.

pmpminda

29 July 2026

No Comments

Home 2026

QURBAN PROGRAM 1447H (2026)

QURBAN PROGRAM 1447H (2026)

JADUAL QURBAN 1446H

Bismillaah
Assalaamua’alaikum ww
Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yg menyertai program Qurban bersama PMP d beberapa buah negara.

🌍 YOUR QURBAN IS THEIR JOY 🌍

Program Qurban Bersama Pertubuhan Minda Progresif (PMP) 1447H telah berjaya menghimpunkan hampir 100 orang peserta yang menyertai ibadah qurban di enam buah negara, iaitu Colombia, Filipina, Nigeria, Tanzania, Yaman dan Myanmar. Pakej qurban yang ditawarkan merangkumi kos pengurusan, pertukaran mata wang, penyembelihan, pengagihan daging qurban serta kos-kos berkaitan, sekali gus memudahkan para peserta melaksanakan ibadah dengan yakin dan teratur.

Selaras dengan tagline “YOUR QURBAN IS THEIR JOY “, setiap penyertaan bukan sekadar menyempurnakan ibadah qurban, malah membawa kegembiraan, manfaat dan harapan kepada masyarakat yang memerlukan di pelbagai pelosok dunia. Selepas penyertaan ditutup, pihak urus setia telah berjaya menyelaras serta menyelesaikan segala urusan pelaksanaan melalui kerjasama erat dengan Person-in-Charge (PIC) di setiap negara bagi memastikan proses penyembelihan dan pengagihan daging qurban kepada para penerima manfaat berjalan dengan lancar, telus dan menepati objektif program.

Semoga Allah merahmati para peserta semua dan menerima ibadah qurban kalian

تقبل منا ومنكم صالح الأعمال

Jazaakumullaahu khayran Katheera
Baarakallaahu feekum

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *