Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Bukit Lanchong terletak berhampiran Putra Heights dan Seksyen 27 Shah Alam. Terdapat 15 keluarga asnaf yang tinggal di situ. Kebanyakan keluarga mempunyai ahli yang OKU. Tiada pengangkutan awam melalui kawasan. Masjid yang terdekat terletak lebih 2km dan tiada surau yang berdekatan
PMP sering menyantuni penduduk di sini untuk memberi sedikit sumbangan bagi meringankan beban tanggungan keluarga dhaif di situ. Peristiwa banjir besar pada bulan Disember 2021 menjadi detik permulaan kami merancang untuk membantu para penduduk untuk menyediakan kemudahan bagi penduduk untuk menambah ilmu. Setelah berbincang, Pn Norehan salah seorang penduduk yang juga ibu tunggal 7 orang anak, bersetuju untuk membenarkan bahagian anjung rumahnya di gunakan untuk pusat pengajian bagi penduduk setempat,
Tanpa belengah PMP terus menjalankan usaha mendapatkan dana untuk membaik pulih rumah yang rosak teruk akibat banjir. Alhamdulillah kerja-kerja pembaikan disiapkan sehari sebelum bermulanya bulan Ramadhan 1443H. Dengan dana yang diterima termasuk dari Koperasi Minda Selangor Berhad, Pusat Pengajian PPRT Bukit Lanchong dilengkapkan dengan kerusi meja untuk pengajar dan juga pelajar , kipas, pembesar suara untuk lauangan azan, whiteboard, lantai berkapet dll peralatan yang diperlukan
Ianya telah dirasmikan oleh Presiden PMP Subang Jaya, Prof Dr Mohd Rais Mustafa pada 2 April 2022 yang dihadiri oleh penduduk PPRT, Ustaz Yob yang memberi tazkirah, AJK PMP dan wakil ketua kampung & masjid. Alhamdulillah sejak dari itu kelas pengajian mingguan diadakan termasuk kelas mengaji alQuran oleh Pn Zaharah, tusyen oleh Pn Mimi, dan tazkirah oleh Ustaz Sulaiman Nuba
Kepada semua yang telah menyumbang, jazaakumullahu khairan katheera. Semoga Allah merahmati usaha dan sumbangan kecil kita untuk memberi pendidikan kepada penduduk PPRT Bukit Lanchong Shah Alam. Allaahumma Aameen
Leave a Reply