Description
Latest Recipient & Feedback of Tabung Bantuan Ihsan™
Pn. Sharty, Kepong
” Terima Kasih Pertubuhan minda progresif yang banyak membantu saya ,lagi memberi semangat untuk saya memulakan perniaggan nasi lemak taufik,pada mulanya tiada idea mahu jual nasi lemak, Syukur idea anak tak mahu lagi sya meminta2 bantuan,jika Ada modal ibu kita jual nasi lemak sekit2 dlu Syukurlah dari 11box kali pertama ambil order lama2 order permintaan semakin bertambah 33 box yg baru saja start seminggu.. Allmdullah Syukur pada Allah PERTUBUHAN MINDA PROGRESIF yang telah banyak membantu saya dari sumbangan modal beli bahan2 Masakan ,peralatan dapur Yang saya perlukan dan kelengkapan electric… Untuk memudahakan saya berniaga.. Terima Kasih semua team2 PMP yang banyak membantu saya. Terima Kasih PMP yang tidak putus2 bagi saya semangat,semoga Jadi usahawan yang berjaya.. Terima Kasih semua team PERTUBUHAN MINDA ..SEMOGA REZEKI ALLAH TIDAK PUTUS 2 UNTUK KITA SEMUA.. Aamin.. “
Pn. Nurul, Manjung
” Bantuan yg diberikan oleh pihak Pertubuhan Minda Progresif telah banyak membantu saya. Pada mula nya saya hampir putus semangat dgn keadaan kesulitan dan masalah kewangan yang saya hadapi. Saya tidak mahu membebani keluarga sebab saya tahu mereka juga susah ketika itu. Dalam hati , saya berserah kepada Yang Maha Esa dan saya tawakal. Syukur alhamdulillah dengan bantuan yang diberikan oleh pihak Pertubuhan Minda Progresif ,saya dapat menyelesaikan masalah saya dan membantu keluarga saya. Saya doa kan semoga dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki kepada semua pihak Pertubuhan Minda Progresif, NGO, serta semua yang terlibat. “