For a better tomorrow.

MALANG TAK BERBAU

pmpminda

05 August 2022

No Comments

Home 2022

PANTANG AJAL SEBELUM MAUT

PANTANG AJAL SEBELUM MAUT

Pada malam Khamis 15 June 2022, hujan turun dengan lebat disertai  angin kencang. Ketika pengusaha warung Lemang Gemilang, di Salak Selatan, Kuala Lumpur, En, Zulkifli (63 tahun) sedang berihat bersama isteri serta 4 anak berusia diantara 6 bulan hingga 16 tahun tiba-tiba terdengar dentuman yang sangat kuat yang jatuh keatas tempat penginapan mereka di belakang warung kopi mereka! Isterinya yang sedang mendukung  bayinya yang berusia 6 bulan dihempap oleh dahan pokok besar yang jatuh keatas rumah mereka, Dalam keadaan gelap gelita menggunakan lampu dari handphonenya, En. Zulkifli berjaya menyelamatkan ahli keluarganya; namun ister dan bayinya mengalami kecederaan di bahagian kepala dan tangan – segera dihantar ke hospital dalam keadaan trauma.

 

Beberapa hari kemudian, 2 orang ahli pengurusan PMP telah menyantuni keluarga malang tersebut ditempat kediaman sementara (Dewan Balairaya berdekatan). En. Zulkifli yang telah menjalankan Lemang Gemilang sejak 10 tahun lalu, menerima tempahan lemang untuk HAri Raya Haji, yang tinggal hanya 3 minggu lagi. Beliau sangat bersedih bukan sahaja mengalami kerugian besar disebabkan insiden tersebut, tetapi juga tidak dapat memenuhi harapan pelanggan yang telah menempah lemang untuk Hari Raya.  PMP segara melancarkan kempen mencari dana Tabung Ihsan untuk membantu keluarga malang tersebut – sekurang-kurangnya membaik pulih tempat untuk membakar lemang sementara bantuan lain tiba untuk membaikpulih warung serta kediaman mereka

 

Alhamdulillah keperihatinan rakyat Malaysia ke atas saudara yang ditimpa musibah telah menyumbang RM19,001 kepada keluarga En. Zulkifli. Untuk menjimatkan kos, beliau berhempas pulas membaik pulih sendiri tempat pembakar lemang- alhamdulillah sempat untuk disiapkan sebelum Hari Raya Haji lepas. Seterusnya wang sumbangan yang diterimanya juga telah dapat membina semula warung kopinya.

Alhamdulillah.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *