Alhamdulillah dengan izin Izin Allah dan kemudiannya sumbangan ummah yang prihatin, telah terbina 2 jambatabn konkrit di Pulau Jambongan yang menghunbkan beberapa kampung. Dengan adanya jambatan ini penduduk di Kg. Hujung, Kg Malilin dan Kg Tanjung Batu dapat berulang alik kesekolah, klinik kesihatan, balai polis serta dianatara kampung2 dengan selamat dan selesa.
Namun masih ada dua jambatan kayu yang usang di pulau ini yang perlu dinaiktaraf ke jambatan konkrit. Para penduduk kampung sangat berharap jambatan baru dapat dibina secepat mungkin. Walaupun harga bahan binaan telah melonjak sejak akhir-akhir ini, kos pembinaan dijangkakan sekitar RM90 ribu. Jambatan ini adalah tidak memerlukan penyelenggaraan (maintenance free)
Sehingga pertengahan Juulai 2022, jumlah sumbanggan yang terkumpul adalah RM42 ribu.
Sekiranya ada yang ingin “membersihkan” wang dari sumber yang syubhah bolehlah disalurkan untuk projek ini
Dengan siapnya jambatan ini kelak, kita mengharap dikurniakan ganjaran dari Allah bagi setiap langkah yang melalaui jdi atasnya.
Jambatan sebelum ini diperbuat daripada kayu dan saban tahun mesti dibaiki kerana keadaan kayu yang reput dan rosak. Justeru, dengan adanya jambatan konkrit ini inShaaAllah tidak perlu lagi adanya pembaikan setiap tahun.
Pihak MADS dan seluruh masyarakat Pulau Jambongan ingin mengucapkan jazakumullahu khairan kepada penginfaq atas sumbangan ini. Semoga Allah merahmati kita semua.