For a better tomorrow.

JAMBATAN KONKRIK P.JAMBONGAN

pmpminda

20 September 2022

No Comments

Home 2022

PROJEK KOMUNITI PULAU JAMBONGAN SABAH

PROJEK KOMUNITI PULAU JAMBONGAN SABAH

Pada tahun 2020, PMP telah mengorak langkah ke Sabah bagi membantu lebih 2000 penduduk miskin warga Malaysia, di Pulau Jambongan Sabah. Pulau ini terletak di Timur Laut Sabah, 1.5 jam perjalanan menaiki bot kecil (tiada feri), dari tanah besar Sabah. Hampir kesemua penduduk di lima perkampungan di pulau ini, bekerja sebagai nelayan dengan pendapatan diantara RM500 – 700 sebulan. Sementara ibu2 tunggal hanya memungut kepah di pantai.

Infrastruktur di pulau ini amat terhad. Tiada bekalan letrik, paip air mahupun jalan bertar. Terdapat 4 jambatan kayu yang usang menghubungi perkampungan dengan sekolah rendah, balai polis, masjid, madrasah dan klinik kesihatan.

PMP mengambil inisiatif untuk menggantikan jambatan2 kayu yang usang dengan jambatan konkrit yang lebih kukuh dan tidak memerlukan penyelenggaraan. Hasil dari sumbangan orang ramai, telah terbina 2 jambatan konkrit, sementara jambatan ketiga masih menunggu dana untuk di mulakan. Kos bagi setiap jambatan ialah RM80,000

Disamping itu juga, untuk kemudahan jemaah masjid ketika solat dan belajar di waktu malam, PMP membekalkan  3 lampu solar  dengan kuasa 200Watt setiap satu.

 

Harapan kami serta penduduk Pulau jambongan jambatan konkrit ke 3 dapat disiapkan pada tahun ini

Sementara itu PMP mencari penaja untuk membekalkan feri yang lebih besar dengan ciri2 keselamatan untuk penduduk berulang alik ke tanah besar untuk menjalan urusan seperti ke bank, sekolah menengah, hospital pejabat kerajaan, membeli keperluan rumah dll

Para dermawan boleh hubungi

Pn Shima Derus 0192869666

Datin Shamsia Mansoor 0122954064

Dr Mohaini Mohamed 0124500095

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *